radio warna FM94.2 'live'

Kata-kata mutiara

I am not afraid of storms,for I am learning to sail my ship. (LM Alcott)

Man creates his environment - mental, emotional, and physical - by the attitdue he develops. We are either the masters or the victims of our attitudes. It is a matter of personal choice - blessing or curse.

 

Saya kini bertugas di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Selepas dua tahun bertugas di Sekolah CHIJ St. Joseph's Convent sebagai guru bahasa Melayu, saya ditawarkan bertugas di Pusat Bahasa Melayu Singapura bermula tahun 2011. Alhamdullillah, ini merupakan satu lagi wadah untuk saya terus memperjuangkan bahasa dan budaya Melayu. Semoga segala tugas dapat dilaksanakan dengan tabah dan dapat memanfaatkan para pendidik Bahasa Melayu di Singapura.
 
Kepada semua bekas pelajar saya, hargailah bahasa dan budaya kita. Jika bukan kita yang memperjuangkannya, siapa lagi? Kita sendirilah yang mencorak bahasa dan budaya kita pada masa hadapan.  Di alam siber, kita harus berani memperjuang dan memperluas penggunaannya dalam mengharungi gelombang tsunami bahasa Inggeris dan budaya global. Tsunami ini harus kita manfaatkan kerana teknologi adalah alat, dan kitalah yang mengendalikannya, bukan ditenggelami dan lemas di lautan dalam.
 
 
Guru memainkan peranan penting dalam mempengaruhi para pelajarnya. Dalam tesis berikut, sedikit sebanyak informasi berkaitan dengan guru-guru Bahasa Melayu disertakan.
 
Acknowledgements and Tables of Contents
 
Chapter 1 - Introduction
Chapter 2 - Review of Literature
Chapter 3 - Research Methodology
Chapter 4 - Results
Chapter 5 - Discussion and Conclusion
References
 
Selamat Membaca. Terima kasih sekali lagi.
 
Sekiranya anda ingin mengirim pertanyaan kepada saya, sila kirimkan pertanyaan anda ke alamat berikut: rahmat_subadah@moe.edu.sg

Pengunjung akan mengenali diri saya dan perjuangan hidup saya dengan lebih mendalam dalam lelaman-lelaman seterusnya. Perjuangan saya terhadap bahasa Melayu ialah untuk melihat Bahasa Melayu ini sentiasa hidup dan relevan, serta kemurnian bahasanya terpelihara. Saya juga berharap bahasa Melayu dapat terus wujud dan hidup serta sentiasa segar dalam dunia yang semankin canggih...
 

Gambar-gambar Keluarga
1024x1024-1281917.jpg
keluarga.jpg



Dalam apa juga yang kita lakukan, tanpa sokongan dan bantuan keluarga, sukar bagi kita untuk melaksanakan apa juga yang ingin kita lakukan. Terima kasih kepada isteri dan anak-anak kerana sentiasa bersabar dan memberikan sokongan dalam apa juga yang saya lakukan.