Make your own free website on Tripod.com
Kegiatan Membaca Buku
 
Dalam usaha untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu, para pelajar haruslah rajin membaca buku. Para pelajar boleh membaca apa sahaja jenis buku dalam bahasa Melayu yang pelajar gemari. Kegiatan membaca buku ini merupakan satu cara yang telah terbukti dan diakui ramai keberkesanannya dalam mempertingkatkan kemahiran berbahasa. Dengan pembacaan buku secara konsisten, lama-kelamaan pelajar akan menggemari buku. Memanglah agak sukar untuk memulakan kegiatan membaca ini sekiranya pelajar telah lama meninggalkan hobi ini. Namun begitu, jika ditinggalkan terus, penguasaan pelajar dalam bidang bahasa akan terjejas. Melalui aktiviti membaca bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu, pelajar akan dilatih untuk berfikir. Minda pelajar akan dilatih secara tidak langsung untuk berfikir dan mencari jawapan. Minda pelajar juga akan terbiasa dengan kosakata baru dan akan cuba mencari makna perkataan tersebut. Minda pelajar akan berfikir dan mengangak makna perkataan dengan membaca keseluruhan ayat, perenggan dan ceritanya sekali. Ini juga merupakan satu kemahiran. Pemikiran pelajar akan terlatih dengan penggunaan struktur ayat-ayat yang betul dan pelbagai penggunaannya. Ada banyak lagi faedah yang dapat diperoleh dari kegiatan membaca ini.
Jadi, jika pelajar ingin mempertingkatkan penguasaan bahasa Melayu, jangan lupa membaca.

 

Bagaimana hendak meningkatkan Penguasaan Bahasa?
 
Sebenarnya tiada rahsia apa-apa. Pokok pangkalnya ialah sikap kita terhadapa bahasa Melayu. Memang di Singapura ini, ramai pelajar tidak dapat melihat kepentingan bahasa Melayu dalam kehidupan seharian atau dalam alam pekerjaan. Ini kerana, mereka melihat bahasa Melayu sebagai satu subjek yang mempunyai nilai 'kewangan'. Dibandingkan dengan mata pelajaran yang lain seperti bahasa Inggeris dan Ilmu Hisab atau Sains, bahasa Melayu dilihat sebagai sesuatu yang tidak mempunyai nilai 'ekonomi'. Oleh kerana pelajaran bahasa Melayu dilihat dari segi ini, maka minat pelajar untuk mempelajari bahasa Melayu  menurun. Oleh kerana pelajar tidak dapat melihat kepentingan penggunaan bahasa melayu pada masa hadapan, iaitu pada alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi, minat mereka untuk mempelajari bahasa melayu semakin pudar. Inilah yang amat ditakuti pada masa-masa mendatang. Sebenarnya amat mudah bagi kita untuk menyeneraikan apa saja sebab mengapa minat pelajar semakin pudar terhadap bahasa Melayu. Setiap alasan yang diberi ada meritnya tersendiri. Namun yang lebih penting ialah, adakah cara-cara yang dapat dilakukan untuk memupuk minat terhadap bahasa Melayu?
 
Jadi, bagaimanakah minat terhadap bahasa Melayu boleh disemai? Dimpermulaan tadi saya ada menyebut tentang sikap. Sikap seseorang terhadap bahasa melayu dibentuk oleh banyak faktor. Satu daripadanya ialah kerana faktor 'nilai ekonomi' bahasa Melayu di Singapura dan masa hadpan. Jika kita boleh menyakinkan bahawa bahasa melayu mempunyai 'nilai ekonomi', pasti ia memberikan harapan kepada pelajar untuk meminati bahasa melayu. NAMUN, kita harus melampaui aspek ekonomi. Apa yang perlu ditanam ialah cinta dan minat pada bahasa melayu bukan kerana nilai ekonominya sahaja. Jika kita mampu menanam minat yang mendalam pada bahasa tersebut, halangan-halangan lain dapat diatasi.
 
Menaman minat pada bahasa ialah cara bagaimana mata pelajaran bahasa melayu diserapkan ke dalam diri pelajar. Kepelbagaian cara mengajar guru dan 'passion' guru terhadap bahasa melayu boleh mengubah sikap pelajar terhadap bahasa melayu.
 
Jika guru berusaha mengubah sikap pelajar agar suka kepada bahasa melayu, pelajar juga harus cuba mengubah sikap dari tidak suka kepada suka dan cintakan bahasa Melayu. Memang sikap suka dan cinta tidak dapat dipaksa-paksa, namun, carilah sebab-sebab mengapa pelajar boleh mencintai bahasa melayu. Mungkin dari pantun, sajak, atau daris segi sejarahnya, atau kerana peribahasanya, atau juga kerana bahasa mendekatkan diri kita kepada budaya dan cara hidup orang melayu atau apa sahaja alasannya. Sikap kamu terhadap bahasa menentukan kejayaan kamu dalam bahasa Melayu.
 
Sekian.