Make your own free website on Tripod.com
Kefahaman Objektif 1
Gapfill exercise

Enter your answers in the gaps. When you have entered all the answers, click on the "Check" button.

Kenapa Tikus Kuat Mengertip

Arahan : Baca dengan teliti petikan karangan berikut.


Ketika haiwan liar yang lain menghadapi kepupusan, tikus merupakan antara segelintir haiwan mamalia yang semakin meningkat jumlahnya. Makanan utama tikus ialah bijiran. Sebab itulah para petani menganggap tikus sebagai musuh mereka. Tikus boleh memusnahkan beribu-ribu hektar kawasan tanaman. Sering terdapat laporan di mana beratus-ratus hektar padi yang sedang masak menguning, musnah oleh serangan tikus hingga menyebabkan petani kerugian beribu-ribu ringgit. Namun, jika tiada makanan lain, tikus boleh makan apa sahaja termasuk ikan, daging dan telur. Tikus suka makan makanan yang segar. Makanan yang tidak disukai ialah bawang dan makanan basi. Deria baunya cukup cekap memilih antara makanan segar dan busuk yang terdapat dalam tong sampah.

Giginya yang tajam sangat kuat mengerip. Tulang rahangnya mempunyai kekuatan mengerip yang luar biasa. Tulang rahang yang kuat itu digunakan untuk mengerip apa sahaja – besi, kayu, tulang, wayar kabel, tin, blok simen …! Tikus mempunyai gigi kacip hadapan yang boleh tumbuh sehingga 12 sentimeter setahun. Bayangkan jika tikus tidak mengerip, giginya boleh tumbuh melepasi ketinggian lelangitnya hingga ke otaknya. Oleh itu, bagi mencegah giginya daripada terbiar tumbuh, tikus perlu menggunakannya untuk mengerip. Manusia menganggap tikus sebagai makhluk perosak yang merbahaya.

Sejak dari dahulu, berbagai-bagai alat dan cara digunakan untuk menangkap dan memusnahkan tikus daripada perangkap hinggalah kepada racun. Namun, para saintis mendapati tikus semakin kebal dan berani.

Kemusnahan yang dilakukan oleh tikus tidak boleh dianggap ringan. Mengikut laporan, tikus pernah menyebabkan lampu di Lapangan Terbang Heathrow di London terpadam. Tikus juga hampir memutuskan bekalan air daripada sebuah dermaga air bersih di sebuah pulau di Teluk Parsi. Di samping itu, tikus juga ditakuti kerana membawa pelbagai penyakit maut; antaranya wabak bubonic. Sifat-sifat tikus yang suka menyusup di tempat-tempat kotor memudahkan mereka membawa bakteria secara langsung dan tidak langsung mencemarkan persekitaran rantai manusia.

Bagaimanakah mencegah tikus daripada membiak? Memang mustahil. Namun cara yang paling selamat adalah dengan meningkatkan kesedaran kita terhadap kebersihan dalam rumah, di samping itu memasang perangkap tikus sepanjang masa.

(Dipetik dari Kenapa Tikus Kuat Mengerip? Majalah Teman Pelajar Bilangan 6. Disesuaikan.)