Make your own free website on Tripod.com

ARAHAN:      Jawab  dua  soalan;  satu  daripada  Bahagian A  dan  satu lagi daripada Bahagian B.

 

BAHAGIAN A

(20 markah)

 

Arahan:          Tulis satu daripada perkara-perkara berikut dengan menggunakan  sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

 

1                                          Kamu terdengar berita tentang kebakaran yang sering berlaku di Singapura sejak kebelakangan ini. Salah satu sebabnya ialah cuaca yang panas. Tulis sepucuk surat kepada pihak yang berkuasa untuk menyatakan sebab-sebab berlakunya kebakaran di Singapura dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mencegahnya.

 

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:

 

                                    Asyraf bin Muhammad Ali atau Alia binti Muhammad Ali

                                    Blk 768 Upper Serangoon Road

                                    #10 -101

                                    Singapura 534768

 

                                    Alamatkan surat kamu kepada:

 

              Pengarah

Kementerian Persekitaran

18 Churchill Street

Singapura 56000

 

2                                          Dua orang pelajar sedang berbincang tentang pemilihan untuk meneruskan pelajaran ke maktab rendah atau ke politeknik. Salah seorang daripada mereka berpendapat bahawa adalah lebih baik untuk melanjutkan pelajaran ke politeknik. Namun rakannya tidak bersetuju dengan pandangannya. Tulis dialog antara kedua-dua orang pelajar itu. Tekankan perbezaan pendapatmereka berdua dalam dialog tersebut.

 

BAHAGIAN B

(50 markah)

 

Arahan:          Tulis sebuah karangan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 240

                   patah perkataan mengenai satu daripada tajuk-tajuk berikut.

 

3                                          Satu latihan kecemasan telah diadakan di sekolah sempena Hari Pertahanan Mutlak. Gambarkan suasana semasa latihan kecemasan itu diadakan dan perasaan kamu dalam situasi itu.

 

4                                          Para remaja kini kurang menitikberatkan kesantunan. Bincangkan.

 

5                                          Tulis sebuah cerita mengenai sebuah persahabatan akrab yang berakhir dengan perpisahan akibat perselisihan faham.