Make your own free website on Tripod.com

ARAHAN:      Jawab dua soalan; satu daripada Bahagian A dan satu lagi daripada Bahagian B.

 

BAHAGIAN A

(20 markah)

 

Arahan:          Tulis satu daripada perkara-perkara yang berikut dengan menggunakan sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

 

1                      Baru–baru ini, kamu telah dihantar ayah kamu untuk menghadiri satu bengkel motivasi yang dikendalikan oleh pakar motivasi yang terkenal. Antara perkara yang disentuh dalam bengkel tersebut ialah cara membahagikan masa dengan berkesan dan menetapkan matlamat hidup. Kamu mendapati bengkel tersebut banyak memberi manfaat kepada diri kamu sebagai pelajar. Tuliskan sepucuk surat kepada pengetua sekolah kamu menyarankan agar pakar motivasi tersebut diundang untuk berkongsi dengan pelajar-pelajar sekolah kamu yang akan menduduki peperiksaan peringkat ‘O pada hujung tahun nanti. 

 

Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat yang berikut:

 

                        Kamal bin Rosli atau Kamariah binti Rosli

            Blok 147 Garden Ville

                        #04-518

                        Singapura 240147

 

                        Alamatkan surat kamu kepada:

 

                        Pengetua

                        Sekolah Menengah Teras Unggul

                        6 Lorong Ketapang

                        Singapura 410011

 

2                      Dua orang pelajar sedang berbincang tentang bahan-bahan bacaan yang terdapat di perpustakaan sekolah mereka. Salah seorang pelajar mengadu tentang kesukaran untuk mendapatkan bahan bacaan yang menarik dalam Bahasa Melayu sementara seorang lagi berpendapat sebaliknya. Tulis dialog antara mereka berdua. Tekankan perbezaan pendapat mereka dalam dialog tersebut.

 

BAHAGIAN B

(50 markah)

 

Arahan:          Tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 240 patah perkataan mengenai satu daripada tajuk-tajuk di bawah ini.

 

3                      Remaja masa kini menghadapi pelbagai tekanan. Bincangkan tekanan-tekanan tersebut dan berikan juga langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya.

 

4                      Semasa dalam perjalanan pulang dari sekolah, kamu telah menyaksikan satu pergaduhan di sebuah kedai kopi yang melibatkan beberapa orang pelajar. Gambarkan suasana yang mencemaskan itu.

 

5                      Tulis sebuah cerita yang meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri kamu sehingga tidak dapat dilupakan hingga kini.