Make your own free website on Tripod.com

ARAHAN:      Jawab  dua  soalan;  satu  daripada  Bahagian A  dan  satu lagi daripada Bahagian B.

BAHAGIAN A

 

(20 markah)

 

 

Arahan:          Tulis satu daripada perkara-perkara berikut dengan menggunakan  sekurang-kurangnya 100 patah perkataan.

 

 

1                                          Kamu terbaca berita tentang pencalonan Anugerah Guru Arif Budiman. Kamu ingin mencalonkan seorang guru yang kamu rasa telah berjasa dan layak dicalonkan. Tulis sepucuk surat kepada pihak akhbar tersebut tentang pencalonan ini dan sebab-sebab mengapa guru tersebut layak menerima anugerah ini .

 

            Kamu dikehendaki menggunakan nama dan alamat berikut:

 

 

                                    Aizat Bin Salim atau Aizan Bte Salim

 

                                    45 Jalan Matahari Terbit

 

                                    Singapura 896754

 

                                    Alamatkan surat kamu kepada:

 

 

                                    Editor

 

                                    Berita Harian

 

                                    Singapore Press Holdings

 

                                    Toa Payoh North Building

 

            Singapore 567899                  

 

                       

2                                          Dua orang pelajar sedang berbincang tentang buruk baik mengikuti pembelajaran dari rumah (home-based learning) yang sering dianjurkan oleh pihak sekolah pada masa-masa kecemasan seperti penularan virus H1N1. Tulis dialog antara kedua-dua orang pelajar itu. Tekankan perbezaan pendapatmereka berdua dalam dialog tersebut.

 

 

BAHAGIAN B

 

(50 markah)

 

 

 

Arahan:          Tulis sebuah karangan dengan menggunakan sekurang-kurangnya 240

 

                   patah perkataan mengenai satu daripada tajuk-tajuk berikut.

 

 

3                                          Gambarkan suasana di sebuah pameran kebudayaan  yang kamu pernah hadiri dan perasaan kamu di pesta itu.

 

 

4                                          Penggunaan kad kredit membawa lebih banyak padah daripada manfaat. Bincangkan.

 

 

5                                          Tulis sebuah cerita mengenai sebuah persahabatan yang menemui pelbagai rintangan tetapi akhirnya berjaya diatasi.