Soalan A3 (9 markah)
Arahan: Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan/frasa yang diberikan. Ayat kamu harus menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut. Kemudian, tulis ayat kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
11 renggang 12 menitikberatkan 13 julung-julung |
Soalan A4 (10 markah)
Arahan: Isi setiap tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan teks. Kemudian, tulis jawapan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.
Seorang pengkaji alam semula jadi Perancis, John Fabre pernah membuat kajian mengenai sejenis ulat bulu yang tabiatnya suka mengikut ulat di hadapannya. Dalam kajian itu, Fabre telah mengisi sebuah pasu dengan tanah dan menanam pokok yang menjadi makanan ulat bulu tersebut di tengah-tengahnya. Fabre kemudian menyusun ulat bulu tersebut seekor ______(14)_______ seekor, mengelilingi tepi pasu dan membiarkannya. Seperti biasa, ulat-ulat bulu tersebut berjalan mengikut ulat yang di hadapannya. Mereka berjalan mengelilingi pasu berjam-jam dan berhari-hari sehingga akhirnya semua mati ______(15)_______. Jika salah seekor daripada ulat bulu itu bergerak keluar kira-kira enam inci daripada pusingan tersebut, ia pasti akan mendapat makanan yang _______(16)________. Malangnya, ulat-ulat tersebut tetap dengan tabiatnya mengikut ulat di hadapannya tanpa berfikir dan bertindak bijak. Mereka mengikut rutin dan akhirnya semua menemui ______(17)_______. Perkara yang sama mungkin berlaku kepada sesetengah orang. Hidup saban hari melakukan perkara yang sama _______(18)________ ada perubahan. Matlamat yang ingin dicapai berada tidak jauh, tetapi tidak boleh mencapainya. Selagi kita tidak bertindak di luar kebiasaan untuk mencapainya, selagi itulah matlamat itu kekal sebagai angan-angan kosong.
|
BAHAGIAN B (10 markah)
Arahan: Baca petikan karangan berikut dengan teliti.
Kajian terbaru membuktikan kurang atau terlebih tidur boleh membawa maut. Hasil kajian menunjukkan orang dewasa yang tidur tujuh hingga lapan jam sehari pada satu malam akan hidup lebih lama dan kurang risiko untuk mendapat sakit jantung berbanding orang yang kurang atau terlebih tidur. Hasil kajian yang dibentangkan pada mesyuarat tahunan Associated Professional Sleep Society baru-baru ini, menyangkal sebuah kajian lain yang diterbitkan Februari lalu yang mengatakan orang yang tidur kurang lapan jam hidup lebih lama.
Kajian mendapati 4 541 lelaki dan wanita yang tidur lebih sembilan jam mempunyai kemungkinan yang tinggi untuk menemui ajal 14 tahun lebih awal daripada yang tidur tujuh hingga lapan jam. Bagi yang tidur kurang enam jam pula mempunyai 50 peratus kemungkinan maut. Bagaimanapun, profesor daripada Fakulti Perubatan Universiti Boston, Dr Daniel Gottleib menasihatkan orang ramai supaya tidak terburu-buru membuat keputusan kerana kajian ini hanya menunjukkan kaitan dan tidak membuktikan sebab dan kesan. Namun, beliau berpendapat kajian yang lebih teliti harus dibuat untuk mengesahkannya.
Dr Najib Ayas yang menganalisis data daripada kajian Kesihatan Jururawat yang dijalankan ke atas 71 167 wanita mendapati ada kaitan di antara sakit jantung dan jangka masa tidur. Dr Ayas yang juga seorang doktor pakar tidur di Brigham & Women’s Hospital di Boston melaporkan selepas mengambil kira beberapa faktor seperti senaman, merokok, berdengkur dan indeks berat badan, wanita yang tidur kurang lima jam satu malam mempunyai 39 peratus kemungkinan untuk mendapat serangan sakit jantung yang membawa maut dalam masa 10 tahun dalam perhatian berbanding mereka yang tidur lapan jam. Manakala, mereka yang tidur lebih daripada sembilan jam mempunyai 37 peratus risiko yang sama.
Namun Dr Daniel Buysse daripada Fakulti Psikologi Universiti Perubatan Pittsburg berpendapat kajian-kajian ini tidak tepat kerana ia berdasarkan laporan yang diberi oleh manusia dan bukannya pemerhatian yang teliti. Beliau berkata tabiat tidur manusia berubah-ubah dan mengikut masa dan keadaan dan kebanyakan orang sebenarnya tidak tahu berapa lama mereka tidur. Buysse menyarankan kajian dilakukan ke atas haiwan lebih tepat untuk mendapat jawapan sebenar.
Menurut Dr Ayas, memang mudah bagi pakar membuat penjelasan mengapa kurang tidur boleh menyebabkan maut. Ada terdapat banyak bukti yang menunjukkan kurang tidur boleh menyebabkan seseorang itu kekurangan insulin, meningkatkan tahap hormon stress atau melemahkan sistem imunasi, yang boleh mengakibatkan kematian. Namun begitu, menurutnya, masih tiada penjelasan fisiologi yang kukuh untuk membuktikan tidur terlalu lama menyebabkan kematian. Beliau berpendapat tidur terlalu lama mungkin suatu proxy kepada penyakit lain yang tidak dapat dikesan seperti penyakit apnea. Apabila seseorang itu mengadu mereka tidur sembilan atau sepuluh jam sehari, ini bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan mereka.
Penjelasan bagi keadaan ini ialah adanya penyebab yang tidak dapat dikesan yang membuat mereka rasa mengantuk yang kemudiannya membunuh seperti pembengkakkan systemic yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.
|
5
10
15
20
25
30
35
40 |
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
19 Hasil daripada kajian baru dan kajian lama mencetuskan perbezaan dari segi ___________.
(A) jangka masa tidur orang dewasa
(B) jangka masa tidur dalam sehari yang sesuai
(C) golongan orang yang kurang tidur atau lebih tidur
(D) golongan orang yang berisiko mendapat sakit jantung
20 Hasil daripada kajian terbaru membuktikan bahawa mereka yang tidur _________.
(A) lapan jam memang sihat
(B) kurang daripada lapan jam hidup lebih lama
(C) lebih daripada sembilan jam menemui ajal lebih awal
(D) kurang daripada 6 jam mempunyai lebih banyak penyakit
21 Menurut Dr Daniel Gottlieb, hasil kajian-kajian sebegini tidak boleh diputuskan kerana ________________.
(A) tabiat tidur manusia yang berbeza-beza
(B) kebanyakan orang tidak tahu berapa lama mereka tidur
(C) terdapat sebab lain yang menentukan jangka hayat manusia
(D) kajian ini hanya dilakukan kepada golongan orang yang tertentu
22 Dr Daniel Buysse berpendapat kajian-kajian ini lebih tepat jika dilakukan _______________.
(A) dengan memerhatikan haiwan
(B) dengan pemerhatian yang teliti
(C) berasaskan laporan yang diberi oleh manusia
(D) berdasarkan tabiat manusia mengikut keadaan dan masa
23 Frasa ‘tidak kena’ (baris 38) dalam petikan karangan ini bemaksud _____.
(A) tersasar
(B) bermasalah
(C) kurang tepat
(D) kurang sesuaian
BAHAGIAN C (26 markah)
Arahan: Baca petikan karangan berikut dengan teliti.
Wak Sam memerhatikan isterinya, Fatimah, yang asyik menonton kartun Barbie yang disiarkan di kaca televisyen. Oleh kerana terlalu asyik, permintaan Wak Sam untuk secangkir kopi panas tidak diendahkan isterinya. Wak Sam terpaksa membancuh kopinya sendiri, yang merupakan sarapan hariannya berserta beberapa keping biskut. Walaupun dia cuba menarik perhatian isterinya dengan batuk berkali-kali, bebola mata Fatimah tertumpu pada kaca televisyen.
Dia menggelengkan kepalanya. Dia mendapati semenjak kebelakangan ini, isterinya berkelakuan aneh. Isteri kesayangannya itu sering lupa. Minggu lepas, Fatimah terlupa hadir untuk janji temunya dengan doktor, walhal telah ditetapkan setiap hujung bulan. Minggu ini pula, ada sahaja peket gula-gula yang dibelinya setiap kali ke pasar. Malahan dia berpesan beberapa hari lalu kepada suaminya untuk membeli pita rakaman. Katanya ingin merakam kartun Barbie, yang kini popular bagi kanak-kanak perempuan. Sambil merenung tajam kelibat isterinya yang tersenyum menyeringai menonton televisyen, minda Wak Sam berlegar dengan pelbagai andaian tentang perilaku isterinya.
Fikirannya mula bercelaru. Dia menelefon seorang teman rapatnya, Haji Yusuf, juga seorang pesara yang telah bertugas sebagai doktor bertauliah selama 30 tahun. Dia ingin tahu apakah tanda-tanda seseorang sudah nyanyuk.
“Antara tanda-tandanya termasuk sering terlupa dan daya ingatan lemah. Orang yang nyanyuk ini persis seorang kanak-kanak yang perlukan perhatian,” ujar Haji Yusuf.
Sanubari Wak Sam bergoncang tatkala mencerna penjelasan temannya itu. Kata-kata Haji Yusuf masih tergniang-ngiang di benaknya. Sesungguhnya penjelasan temannya itu bersangkut-paut dengan keadaan isterinya di rumah. Pada malam itu, Wak Sam tidak dapat melelapkan mata. Hatinya dirundung kegelisahan memikirkan keadaan isterinya. Tentu sukar bagi isterinya menerima hakikat ini. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.
“Abang, bangun. Bangun! Cucu kita akan datang hari ini!” jerit Fatimah sambil mengejut Wak Kadir.
Sudah buang tabiat agaknya orang tua ini, desis hati kecil Wak Sam. Ibu budak-budak itu ada di rumah untuk menjaga mereka. Kecuali kalau ada hal tertentu, cucunya dititipkan di rumah mereka untuk sementara waktu. Wak Sam menepuk dahinya. Ternyata isterinya benar. Dia terlupa tentang kedatangan cucu-cucunya hari ini. Anaknya Liza menelefon minggu lepas kerana dia dan suaminya ada urusan perniagaan.
Fatimah menyuruh Wak Sam pergi ke pasar untuk membeli barang kerana dia hendak masak lauk kegemaran cucu mereka iaitu lauk asam pedas. Isterinya seperti melonjak keriangan sambil berlalu ke arah dapur. Wak Sam hanya mampu menggeleng-gelengkan kepalanya melihat gelagat isterinya yang keanak-anakan.
Apabila Wak Sam pulang, dia disambut dengan pelukan erat cucu-cucunya. Dia menghulurkan beg plastik berisi barang yang dipesan kepada isterinya. Dia menuju ke ruang tamu dan menekan suis kipas angin lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa.
“Arina, Arini, ambil peket gula-gula ini. Kalau tak cukup minta Nenek lagi. Tapi jangan nakal-nakal.” Suara Fatimah terdengar dari ruang dapur. “Dah pergi di depan tengok kartun Barbie yang Nenek rakam. Suruh Atuk bukakan suis televisyen.” sambung Fatimah.
Wak Sam menepuk dahinya lagi. Ternyata selama ini dia bertanggapan buruk terhadap isterinya. Wak Sam tersenyum simpul sendirian kerana geli hati dengan sikapnya yang serkap jarang.
“Abang! Apa ni bang? Orang suruh beli asam gelugur, dia beli buah asam pulak. Macam mana Mah nak masak asam pedas nanti? Abang ni, sudah mula lupa-lupa. Lain orang suruh, lain abang buat. Dah nyanyuk ke?” Fatimah merungut.
Wak Sam terdiam. Membisu. Termangu.
|
5
10
15
20
25
30
35
40
45
|
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab soalan-soalan yang diberikan. Seberapa boleh, gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.
24
|
Mengapakah Wak Sam batuk beberapa kali?
|
(2 markah)
|
|
|
|
|
|
|
25
|
Apakah perilaku Fatimah yang dianggap aneh oleh Wak Sam?
|
(4 markah)
|
|
|
|
26
|
Fatimah adalah seorang nenek yang penyayang. Berikan dua bukti untuk menyokong pernyataan ini.
|
(4 markah)
|
|
|
|
27
|
Wak Sam menepuk dahinya untuk kali kedua. Berikan dua sebab dia berbuat begitu.
|
(4 markah)
|
|
|
|
28
|
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Bagaimanakah kita boleh memahami dan meringankan beban orang yang menghidap penyakit nyanyuk disebabkan lanjut usia.
|
(6 markah)
|
Bagi Soalan 29 hingga 31,terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan karangan di halaman 7 dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.
29
|
bercelaru ( baris 15 )
|
(2 markah)
|
|
|
|
30
|
persis ( baris 19 )
|
(2 markah)
|
|
|
|
31
|
dititipkan ( baris 29 )
|
(2 markah |
SELESAI