Make your own free website on Tripod.com

BAHAGIAN A (34 MARKAH)

 

 

SOALAN A1 (10 MARKAH)

 

 

 

ARAHAN:      Dalam petikan teks di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

                        Inai merupakan tumbuhan renek yang mempunyai ranting dan daun yang banyak. Daun inai muda berwarna hijau terang akan (1)ubah menjadi hijau gelap setelah matang dan mempunyai bintik-bintik hitam di (2)muka daun. Bintik hitam itu dikatakan dapat (3)tentu pasti tahap kemerahan sewaktu inai (4)lekat pada kuku. Inai yang dikenali dengan nama pacara Jawa,  digunakan secara (5)luas sewaktu musim perkahwinan. Selain memerahkan kuku pengantin, inai juga mempunyai khasiat perubatan yang tidak banyak orang mengetahuinya.

 

            (Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Dewan Budaya, Mac 2009)

 

Soalan A2 (5 markah)

 

Arahan:         Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberikan di bawah ini bagi melengkapkan jalan cerita petikan karangan.  Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

A        menconteng arang di muka

 

B        air pun ada pasang surutnya

 

C        tukang tidak membuang kayu

 

D        anak ayam kehilangan ibunya

 

E        belum duduk berlunjur dahulu

 

F         burung terbang dipipiskan lada

 

G        bertelingkah bagai antan di lesung

 

H        biar putih tulang, jangan putih mata

 

I          sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan

 

J         kuat ketam kerana sepit, kuat burung kerana sayap

 

 

Perusahaan Fahri Sendirian Berhad tidak lagi berdaya saing semenjak kematian pengasas syarikat, Encik Fahri,  yang meninggal dunia secara mengejut enam bulan lalu. Akibatnya, pekerja-pekerja kehilangan panduan seperti (6)______________. Anak-anak Encik Fahri pula tidak sehati dan sejiwa dan asyik berselisihan pendapat sehingga menjejas pentadbiran syarikat seperti (7)___________. Walaupun keempat-empat orang anak Allahyarham berkelulusan tinggi dalam bidang perakaunan, pentadbiran perniagaan, perbankan dan undang-undang, mereka gagal menggunakan kemahiran masing-masing seperti (8)___________ untuk memperbaiki prestasi syarikat.

 

Mereka harus bermusyawarah dan merancang secara realistik dan praktikal; bukannya  berangan-angan sahaja seperti (9)__________ untuk  mengharapkan keuntungan datang bergolek. Mereka harus mula menyelidik daripada awal kesilapan mereka seperti (10)__________ agar syarikat peninggalan ayah mereka akan terus berjaya dan disenaraikan dalam papan bursa saham pada suatu hari kelak.

 

SOALAN A3 (9 MARKAH)

 

ARAHAN:   Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap perkataan/frasa yang diberikan.  Ayat kamu harus menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut.  Kemudian, tulis ayat kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

11           anggun

 

12           terpendam

 

13           kesan sampingan

 

 

SOALAN A4 (10 MARKAH)

 

ARAHAN:    Isi setiap tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan teks. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

            Blog semakin sinonim dengan rakyat Singapura. Blog telah menjadi (14)____________ baharu penyebaran berita, maklumat, gosip dan hebahan yang paling pantas (15)_______________ dengan akhbar. Tidak memiliki blog sendiri dianggap (16)________________, terutama kini merupakan zaman kepesatan teknologi maklumat. Blog bukan hanya dimonopoli oleh kelompok muda sahaja, malah turut disertai penulis mapan , termasuk (17) _______________ sasterawan. Ternyata dengan hanya mempunyai komputer dan alat (18) _______________ mengakses Internet, semua orang mampu memiliki blog. Fenomena blog telah meningkatkan lagi minat membaca dan menulis dalam kalangan rakyat Singapura.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan daripada Majalah Dewan Budaya, Mac 2009)

 


Bahagian B ( 10 markah )

 

Arahan:         Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

 

 

Pepatah tak kahwin susah, kahwin pun susah mungkin biasa didengar. Tetapi di rantau Arab, khususnya di Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pepatah itu harus ditokok menjadi nak kahwin susah, cerai pun susah.

 

Semakin ramai lelaki di dua negara kaya dengan sumber minyak itu berdepan dengan dilema dan masalah seperti menanggung hutang besar, baik untuk berkahwin atau melunaskan syarat pra-perkahwinan yang menetapkan mereka membayar puluhan ribu riyal seandainya mereka bercerai. Fenomena  hutang sekeliling pinggang ini sudah pasti aneh bagi kita kerana kita sering membayangkan kemewahan majoriti penduduk Arab Saudi dan UAE yang dikurniakan limpahan hasil sumber minyak.

 

 

Di Dubai, kos perkahwinan mencecah 240,000 dirham ($123,000) dan ini tidak termasuk perbelanjaan membawa penyanyi popular untuk menghiburkan 1,200 tetamu. Di sebuah majlis perkahwinan sepasang mempelai tahun lalu, kek setinggi 2 meter yang sarat dengan 25,000 bunga gula disediakan kerana dituntut oleh keluarga pengantin perempuan. Satu lagi majlis mewah ialah kenduri kahwin seorang pengeksport mutiara terkemuka yang menyaksikan 300 tetamu yang hadir diberikan hadiah cincin bertakhta permata buat wanita manakala yang lelaki mendapat butang emas.

Di Arab Saudi juga diamalkan trend perkahwinan besar-besaran. Segelintir ibu bapa wanita meminta mas kahwin mencecah puluhan ribu riyal, tidak termasuk bayaran kos perkahwinan lain. Tidak cukup dengan itu, ada ibu bapa sengaja memasukkan syarat perjanjian yang menetapkan bayaran hingga puluhan ribu jika lelaki tersebut menceraikan isterinya.

 

Akibatnya, ramai lelaki Arab seperti di UAE, menikahi perempuan asing. Trend yang membimbangkan ini cuba dihentikan oleh kerajaan UAE yang telah mengeluarkan perintah mencegah perkahwinan dengan wanita asing. Keadaan yang meruncingkan ini juga telah membuat beberapa kerajaan di rantau Arab mengambil tindakan dan mengadakan insentif perkahwinan. Di Arab Saudi, kerajaan menawarkan Dana Perkahwinan Negara. Ini membabitkan penganjuran perkahwinan beramai-ramai yang ditanggung sepenuhnya. Sebuah bank di Jordan pula menawarkan pinjaman langsung kepada golongan muda negara itu yang ingin berkahwin secara beramai-ramai. Sementara itu kerajaan UAE memperkenalkan dana khas bagi membantu pengantin, termasuk menanggung sepenuhnya majlis perkahwnan beramai-ramai. Mereka yang bercerai awal tidak menerima habuan bayaran selepas perkahwinan dan yang berbelanja mewah atau membazir pula boleh didenda.

 

(Dipetik dan diubahsuaikan  daripada Berita Minggu, Malaysia, 21 Mei 06, ms 21)

 

 

 

 

 

 

 

5

 

 

 

10

 

 

 

 

 

15

 

 

 

 

20

  

 

Arahan:         Berdasarkan petikan  di halaman 5, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai.  Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.

 

19.       Kita menganggap fenomena hutang perkahwinan ini aneh kerana kita sering

 

            menganggap penduduk negara Arab________.

 

            A          boleh berkahwin dengan warga asing

 

            B          berdepan dengan dilema perkahwinan

 

            C         gemar mengadakan majlis besar-besaran

 

            D         hidup mewah dengan hasil minyak yang berlimpahan

 

 

20.       Kos perkahwinan di Dubai tinggi kerana mereka gemar mengamalkan

 

            pembaziran dengan ___________.                

 

 

            A          membina kek yang tinggi-tinggi

 

            B          menjemput tetamu yang berlebihan

 

            C         mengadakan majlis di restoran-restoran besar

 

            D         mengundang penyanyi popular untuk menghiburkan tetamu

 

 

21.       Lelaki di UAE mengahwini wanita asing kerana ____________.

 

 

            A          mas kahwinnya tidak perlu disediakan

 

            B          majlis perkahwinan tidak perlu diadakan

 

            C         kos perbelanjaan perkahwinan lebih murah

 

            D         syarat yang dikenakan oleh ibu bapa wanita asing longgar

 

22.       Langkah kerajaan negara-negara Arab untuk mengadakan perkahwinan beramai-ramai adalah untuk ____________.

 

            A          menjimatkan kos perbelanjaan perkahwinan

 

            B          mengelakkan lelaki Arab berkahwin dengan wanita asing

 

            C         mendenda mereka yang berbelanja mewah atau membazir

 

            D         membantu membayarkan mas kahwin semua pasangan pengantin

 

23.       Pepatah  nak kahwin susah, cerai pun susah” menggambarkan masalah runcing yang timbul  ____________.

 

 

            A         sebelum dan selepas bercerai

 

            B         sebelum dan semasa berkahwin      

 

            C         ketika hendak berkahwin dan bercerai

 

            D         sebelum berkahwin dan sesudah bercerai

  

 

 

Bahagian C (26 markah)

 

Arahan:          Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

 

“Cukup!” tengking Cikgu Radhiah. Semua pelajar di dalam kelas terdiam. Tidak ada seorang pun yang berani ketawa.

 

“Sajak apa yang awak karang ni? Cikgu arahkan kamu semua supaya mengarang puisi yang bertemakan kasih sayang dan pengorbanan, bukannya sajak yang awak karang sebentar tadi,” jawab Cikgu Radhiah yang masih membara kemarahannya.

 

Sekali sahaja Cikgu Radhiah bersuara meninggi, kelas menjadi sunyi sepi ibarat berada dalam hutan yang hanya kedengaran bunyi kipas siling. Cikgu Radhiah sememangnya kurang gemar bergurau dalam kelas, jarang-jarang dia berjenaka. Beberapa saat kemudiannya loceng tamat waktu berbunyi. Syamel lega. Dendanya berdiri di atas meja tidak sampai beberapa minit. Selesai ucapan terima kasih, Cikgu Radhiah terus keluar dari kelas tanpa mempedulikan Syamel.

 

“Padan muka awak, yang awak sebut-sebut nama saya tadi apa hal? Dengkilah tu!” bentak Jusniza sambil menghentak meja Syamel.

 

“Eleh …perasan! Awak ingat awak seorang dalam dunia ni bernama Jusniza?

 

Cikgu Radhiah tersenyum sendiri sewaktu melangkah masuk ke bilik guru. Dia masih teringat akan sajak Syamel tadi. Dia sesekali enggan menunjukkan keramahannya ketika mengajar kerana dikhuatiri pelajar akan pijak kepala. Di meja Cikgu Radhiah penuh dengan buku latihan pelajar yang belum disemak. Ditambah dengan buku-buku latihan baharu, ini membuat Cikgu Radhiah berasa semakin tertekan.

 

            “Hai, tertekan nampak? Pelajar kelas mana pula buat hal?” tanya Cikgu Khalid.

 

            “Mana taknya aku marah. Aku suruh mereka mengarang sajak, Syamel karang sajak bertajuk tsunami tapi tiba-tiba dalam satu baris tu ada sebut tsunami tak tertelan Jusniza, sebab badan Jusniza penuh dengan panau!” terang Cikgu Radhiah.

 

“Syamel buat sajak macam tu, Masya Allah…boleh terlintas di fikiran dia nak ejek Jusniza dengan tajuk Tsunami..hai…macam-macam budak sekarang ni,” kata Cikgu Khalid.

 

            Di dalam kelas, Syamel terus mengejek Jusniza sehingga membuat dia menangis. Kawan Jusniza, Nor Diana terus memeluk Jusniza kerana menangis dengan hinaan Syamel. Jusniza meminta bantuan Nor Diana untuk membawanya ke bilik guru. Syamel pula tersengih-sengih dan mengejek-ngejek kekuningan gigi Jusniza. Pelajar lain ada yang tersenyum dan tidak kurang yang mencemuh tindakan Syamel. Mereka tidak berani bersuara kerana segan dengan Syamel yang datang daripada keluarga berada dan berpangkat besar.

 

            Beberapa minit kemudiannya Cikgu Rafaiee, guru disiplin, muncul di muka  pintu kelas. Pandangan tajamnya telah menggerunkan Syamel yang tertunduk malu. Jusniza pula sedang berdiri di belakangnya sambil menangis. Sesekali dia kesat hidungnya yang berair.

 

“Jusniza ceritakan kepada cikgu dari awal sampai akhir, apakah yang telah berlaku antara Jusniza dan Syamel?” tanya Cikgu Rafaiee sambil tangannya mengurut-ngurut rotan.

 

 

 

 

 

Arahan:         Berdasarkan petikan karangan di halaman 7 dan 8, jawab soalan-soalan yang diberikan.  Kemudian, tulis jawapan kamu dalam Kertas Jawapan yang disediakan.

 

24

 

 

25

 

26

 

 

27

 

 

28

 

 

 

 

 

 

 

 

29

 

 

30

 

 

31

 

 

 

Apakah punca kemarahan  Cikgu Radhiah ?                                                     (2 markah)

 

Mengapakah  Syamel berasa lega apabila loceng berbunyi ?                 (2 markah)

Mengapakah  Cikgu Radhiah berasa tertekan  ?                                     (4 markah)

 

Berikan dua sebab mengapa Syamel suka mengejek Jusniza.             (6 markah)

                                                                                                                     

Adakah kamu bersetuju dengan tindakan yang diambil oleh Jusniza?

Berikan dua alasan untuk menyokong jawapan kamu.                          (6 markah)

 

 

Bagi Soalan 29 hingga Soalan 31, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.           

 

membara kemarahannya      ( baris 5)                                                    (2 markah)

 

pijak kepala                            ( baris 17)                                                   (2 markah)

 

mencemuh tindakan               ( baris 31)                                                 (2 markah)

 

SELESAI