Make your own free website on Tripod.com

Latihan Prosedur Cloze 1

 

Anggota parlimen, Encik Zaqy merupakan antara 15 duta membaca yang terpilih di bawah program Iniasitif Membaca 10 ribu Ayah anjuran Lembaga Perpustakaan Negara (NLB). Inisiatif NLB ini (1)___________ melibatkan para ayah dalam menjana (2)____________membaca anak-anak, disamping mempereratkan lagi (3)___________ mereka. Sejauh ini, seramai 20 ribu peserta telah meraih (4)___________daripada usaha program yang dijalankan itu. (5)___________pelbagai usaha harus dilakukan untuk memastikan objektif program ini tercapai dengan baik. Para ayah haruslah cuba sedaya-upaya meluangkan masa bersama anak-anak. 

 

 

 

Latihan Prosedur Cloze 2 

 

 

 

Amalan ‘menjemur’ bayi baru lahir yang mengalami sakit kuning di bawah cahaya matahari masih diamalkan sesetengah masyarakat Melayu. Mereka berbuat demikian mungkin setelah melihat ‘keberkesanannya’ apabila kulit bayi yang mengalami sakit kuning memutih setelah dijemur. Sebenarnya, amalan sebegitu tidak 1._______________ untuk menghilangkan bilirubin dalam darah bayi. Ia tidak digalakkan dan tidak harus 2._______________. Ini kerana ia mendedahkan bayi 3._______________ kesan buruk cahaya matahari seperti demam panas, kekeringan dan kelecuran terutama dalam 4._______________ panas di Singapura.

 

            Sakit kuning menyebabkan kulit dan mata putih bayi yang baru lahir berwarna kekuning-kuningan disebabkan terlalu banyak bahan bilirubin yang berwarna kuning dalam tubuhnya. Tiada petua atau amalan yang boleh 5._______________ bayi daripada sakit kuning. Ia proses semula jadi. Sebaik-baiknya, selepas kelahiran, tahap bilirubin bayi dipantau menerusi pemeriksaan darah. Ini boleh dilakukan di semua klinik dan hospital setempat.

 

 

 Latihan Prosedur Cloze 3

 

 

 Pada masa dahulu, anak-anak tidak dibenarkan mencari sendiri pasangan masing-masing. Segala-galanya akan (1) _______ oleh ibu bapa kerana mereka tidak dibenarkan bercinta sebelum berkahwin. Dalam masyarakat Baba dan Nyonya, pada peringkat awal sebelum majlis perkahwinan berlangsung, pihak lelaki akan menghantar wakil yang rapat dengan keluarga lelaki tersebut (2) _______ merundingkan hal perkahwinan. Pihak perempuan akan menetapkan masa yang tertentu untuk memberikan (3) _______. Pada hari yang ditetapkan itu, pihak lelaki akan datang ke rumah perempuan tersebut. Jika pinangan itu diterima, (4) _______ mereka akan mendapatkan nama dan tarikh lahir perempuan tersebut. Pada hari yang lain pula, wakil itu akan bertanya harga mas kahwin, barang-barang kemas serta belanja di rumah perempuan. Kemudian, wakil itu akan membawa wang tunai, hadiah-hadiah termasuk (5) se_______cincin dan menetapkan tarikh perkahwinan. Pasangan ini dilarang berjumpa antara satu sama lain sehingga hari perkahwinan.

 

 

 

 

 

 

 

Latihan Prosedur Cloze 4

 

Arahan:

 

Isi setiap tempat kosong dengan perkataan yang sesuai bagi melengkapkan teks.

 Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

 

          Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Karya-karya beliau telah

dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat. Usaha yang dijalankan ini
(1) _______________ untuk mendapatkan penjelasan mengenai sumbangan Hamzah Fansuri

terhadap sastera Melayu. Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri jelas (2) _______________

dalam karya-karya beliau yang meliputi karya prosa dan puisi. R.O. Winstedt, seorang sarjana Inggeris,

(3) _______________ bahawa cara pemikiran Hamzah Fansuri sesuai dengan pemikiran yang terdapat
(4) _______________ karangan-karangan ahli-ahli falsafah, pujangga dan pengarang-pengarang besar

Barat. Pengiktirafan R.O. Winstedt mewajarkan Hamzah Fansuri (5) _______________ sebagai

pelopor kesusasteraan Melayu moden di alam Melayu. Antara syair-syair Hamzah Fansuri yang terkenal

ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.

 

 

 

 

 

BAHAGIAN B(10 markah)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arahan:

 

Baca petikan karangan berikut dengan teliti.

 

 

 

 

 

 

 

               Globalisasi pada hakikatnya merujuk kepada satu keadaan di mana dunia ini seolah-olah berfungsi sebagai satu entiti. Proses globalisasi bermula apabila masyarakat Barat berjaya untuk menjelajah seluruh penjuru dunia ini dan menggabungkan kawasan-kawasan yang begitu jauh ke dalam satu rangkaian yang berinteraksi antara satu sama lain. Peningkatan teknologi membolehkan keadaan globalisasi terjadi sehinggakan dunia ini seolah-olah menjadi kecil. Pengangkutan dan perhubungan misalnya telah menghilangkan halangan akibat jarak yang jauh dan masa yang berbeza.

 

 

 

                Globalisasi membolehkan maklumat bergerak bebas dan pantas tanpa batasan. Pergerakan maklumat secara bebas membuat kumpulan manusia terdedah kepada kebudayaan luar dan nilai-nilai yang baru dan berbeza. Sekarang, perkembangan teknologi tidak membolehkan kita mengasingkan diri daripada masyarakat luar lagi. Kita terpaksa berhadapan dengan pendedahan kepada kebudayaan dan nilai-nilai yang berbeza tanpa sebarang halangan.

 

 

 

               Antara bahaya proses globalisasi adalah kelahiran satu kebudayaan sejagat di mana semua nilai manusia menjadi sama. Setiap kebudayaan sebenarnya mempunyai kelebihan tertentu dalam bidang-bidang ilmu yang berbeza. Apabila sesuatu kebudayaan itu pupus, ilmu yang terkumpul oleh kebudayaan tersebut juga akan hilang dan tidak dapat diwarisi generasi yang berikutnya.

 

 

 

               Masalah terbesar yang dihadapi oleh negara-negara di dunia ini akibat proses globalisasi adalah perkembangan kontemporari yang secara langsung dan tidak langsung memasukkan nilai-nilai masyarakat barat ke dalam sistem nilai masyarakat tempatan. Dalam abad ke-20, pelbagai kesusasteraan dengan latar belakang bangsa, bahasa, pemikiran, dan kebudayaan yang berbeza-beza wujud dan berkembang. Akan tetapi, yang dominan dan tersebar luas serta menduduki tempat yang sentral ialah kesusasteraan Barat yang umumnya mendukung semangat dan cita-cita modenisme. Hal ini disebabkan kesusasteraan Barat telah menjajah manusia dan budaya lain di luar lingkungkan dunia mereka buat beratus-ratus tahun lamanya.

 

 

 

               Umumnya kesusasteraan Baratlah yang mendominasi perkembangan kesusasteraan untuk manusia di seluruh dunia. Ia yang menentukan nilai serta mengemukakan karya agung untuk dijadikan contoh dan ikutan bagi perkembangan kesusasteraan lain yang umumnya dianggap mundur dan perlukan bimbingan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

15

 

 

 

 

 

 

 

 

 

20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

25

 

 

 

 

 

 

 

 

 

30

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

 

 

 

 

 

 


 

 

Arahan:

 

Berdasarkan petikan karangan di halaman 5, jawab soalan-soalan di bawah ini dengan memilih jawapan yang sesuai. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

 

 

 

19

 

Salah satu kesan globalisasi adalah ia _______ .

 

 

 

A)

 

menyumbang ke arah peningkatan teknologi

 

 

B)

 

mewujudkan keadaan dunia tanpa sempadan

 

 

C)

 

menyingkatkan jarak perjalanan rentas benua

 

 

D)

 

membolehkan dunia beroperasi sebagai satu unit yang eksklusif

 

 

 

 

 

20

 

Kelahiran satu kebudayaan sejagat________ .

 

 

 

A)

 

merugikan generasi akan datang

 

 

B)

 

mengurangkan pengaruh sesuatu bangsa

 

 

C)

 

menghapuskan perbezaan antara manusia

 

 

D)

 

mendedakan manusia kepada kebudayaan dan nilai yang unik

 

 

 

 

 

 

21

 

_________ membolehkan kesusasteraan Barat disebar luas dan dikenali di dunia.

 

 

A)

 

Sejarah

 

 

B)

 

Penjajahan

 

 

C)

 

Kemodenan

 

 

D)

 

Ketamadunan

 

 

 

 

 

22

 

Kesusasteraan Barat yang mendominasi perkembangan kesusasteraan dunia telah __________ .

 

 

A)

 

menaikkan martabat sastera bangsa lain

 

 

B)

 

memperlahankan perkembangan sastera Barat

 

 

C)

 

menjejas perkembangan sastera tradsional bangsa lain

 

 

D)

 

membantu mengatasi kemunduran kesusasteraan Barat

 

 

 

 

 

23

 

Perkataan ‘sejagat’ (baris 16) dalam petikan karangan ini bermaksud ________ .

 

 

 

A)

 

serantau

 

 

B)

 

seragam

 

 

C)

 

seluruh dunia

 

 

D)

 

sekelompok masyarakat

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

BAHAGIAN C (26 markah)

 

 

 

 

 

 

 

Arahan:

 

Baca petikan karangan berikut dengan teliti.

 

 

 

 

 

 

 

               Pak Karim memandang ke arah laut, memerhatikan salah satu daripada puluhan kapal yang kelihatan mengecil singgah di pelabuhan. Semacam penyesalan menyelubungi seluruh jiwa raganya. Pantai inilah tempat yang dikunjunginya setiap kali fikiran dan perasaannya berkecamuk.

 

 

 

               "Azman! Emak dah kata jangan dekat dengan tuk. Pergi main jauh-jauh,” Rubiah, menantu Pak Karim, memarahi anaknya yang berusia enam tahun itu.

 

              

 

               "Apa salahnya main dengan atuk, mak. Atuk baik,” jawab Azman seolah-olah tidak mengerti.

 

 

 

               Sedar-sedar, telinga budak itu dipulas oleh Rubiah yang kelihatan serius. Azman menangis sambil diheret keluar dari bilik.

 

 

 

               Pak Karim mengerti. Rubiah tidak mahu anak-anaknya dijangkiti penyakit yang dihidapinya. Dia selalu batuk-batuk dan berpenyakit gatal-gatal kulit. Kulit tangannya berkematu macam kulit biawak. Maka itu, dia sering dibiarkan keseorangan.

 

 

 

                Pak Karim tersinggung mendengar kata-kata Rubiah itu. Pak Karim hairan mengapa anaknya Husin tidak pernah menegur perangai menantunya itu. Dengan tangan inilah dia telah membesarkan lima orang anak-anaknya menghirup udara di dunia ini. Bagaimana semasa muda dahulu, kedua belah tangannyalah yang telah menebang pokok-pokok meranti di Sarawak untuk mencari rezeki. Bagaimana wang yang tidak seberapa yang diperolehinya dapat menyara hidup seisi keluarganya. Betapa apabila dia berhijrah ke Singapura, kedua-dua belah tangannya jugalah yang telah mencari nafkah sebagai buruh kasar. Sekarang,
di hari-hari tuanya, dengan kulit tangan yang berkedut dan dihinggapi gatal-gatal kulit, dia dipandang hina. Batuk-batuk yang dialaminya ini pun kerana bekerja kuat siang dan malam semasa muda-muda dahulu.

 

 

 

                Di ruang matanya, Pak Karim nampak Aminah, arwah isterinya yang datang merapat kepadanya dari tengah laut itu. Dia ingin mengadu nasib kepada isterinya. Tetapi sayang, isterinya sudah tidak dapat mendengarnya lagi. Dia pasrah.

 

 

 

               Sedang Pak Karim duduk mengelamun, Taufik, cucu yang sulung dari sepuluh orang cucunya, menjelma di hadapannya. Pak Karim merenung tepat ke muka cucunya yang kelihatan seperti menyimpan banyak rahsia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

5

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

10

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

15

 

 

 

 

 

 

 

 

 

20

 

 

 

 

 

 

 

 

 

25

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

30

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

(lihat halaman sebelah)

 

 

 

 

 

               "Tuk,” Taufik memulakan perbualan. "Saya tahu tuk sudah tua. Namun, tuk boleh berbakti kepada masyarakat dengan bermacam-macam cara. Salahnya orang-orang tua kita, mereka fikirkan selepas pencen, terasa sudah tidak berguna lagi. Tunggu hari mati. Tuk masih hidup kerana Tuhan sayangkan tuk.”

 

 

 

               Pak Karim terbatuk mendengar kata-kata cucunya itu menyebabkan Taufik berhenti seketika.

 

 

 

               "Saya bukan hendak mengajar tuk. Siapalah saya ini, tuk. Tapi, tuk hendaklah sentiasa menjadi muda dengan bergiat aktif. Walaupun tuk tak sekuat dulu, tuk ada banyak pengalaman. Usia tuk sekarang tak bermakna tuk tak berguna lagi. Dan saya yakin tuk tak akan berasa sepi lagi.”

 

 

 

               Tanpa disedari Pak Karim, tangan kanan Taufik sudah pun memeluk tubuhnya. Mereka terus menghadap laut dan diusap angin petang yang masih bertiup lembut.

 

 

 

 

 

 

 

35

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

40

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

45

 

 

 

(Dipetik dan diubahsuai daripada novel ‘Seberkas Cahaya di Jendela Senja’ oleh Peter Augustine Goh)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Arahan:

 

Berdasarkan petikan karangan di halaman 7 dan 8, jawab soalan-soalan yang diberikan. Seberapa boleh, gunakan ayat-ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

 

24

 

Apakah tujuan Pak Karim ke pantai?

 

(2 markah)

 

 

 

 

 

 

 

25

 

Mengapakah Rubiah memulas telinga Azman?

 

(2 markah)

 

 

 

 

 

 

 

26

 

Wajarkah Rubiah bertindak sedemikian? Berikan dua sebab.             

 

(4 markah)

 

 

 

 

27

 

Pak Karim adalah seorang bapa yang bertanggungjawab. Setujukah kamu dengan pernyataan ini? Berikan dua bukti.                                            (6 markah)

 

 

 

 

 

 

 

28

 

Berikan dua pengajaran yang kamu peroleh daripada cerita ini. Berikan contoh-contoh yang sesuai bagi menjelaskan perkara ini.                                (6 markah)

 

 

 

 

 

 

 

Bagi Soalan 29 hingga Soalan 31, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan karangan di halaman 7 dan 8 dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.

 

 

 

 

 

 

 

29

 

berkematu

 

(baris 13)

 

(2 markah)

 

 

 

 

 

 

 

30

 

pasrah

 

(baris 29)

 

(2 markah)

 

 

 

 

 

 

 

31

 

diusap

 

(baris 44)

 

(2 markah)

 

 

 

 

SELESAI