Make your own free website on Tripod.com

BAHAGIAN A

 

 

SOALAN A1 (10 markah)

 

 

ARAHAN :     Dalam petikan karangan di bawah ini terdapat lima patah perkataan yang telah digarisi. Bubuh imbuhan yang sesuai pada setiap perkataan. Tulis jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

 

 

 

Penggunaan bahasa kiasan yang memberikan kesan terhadap cara kehidupan dan budaya orang Melayu perlu dikaji semula. Perkara ini amat penting kerana penggunaan yang tidak sempurna dan tepat boleh (1) akibat generasi Melayu kurang membina peradaban Melayu. Korpus Melayu, sebuah himpunan makalah tulisan yang menjadi (2) bangga budaya Melayu dan mempunyai pengajaran serta nasihat yang (3) manfaat perlu dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan supaya generasi akan datang mampu membentuk budaya Melayu yang disegani. Jika kopus Melayu tidak dipelihara, nilai-nilai murni budaya Melayu akan (4) hakis. Keagungan bangsa Melayu akan lenyap jika bangsa sendiri tidak (5) tahan nilai dalam korpus Melayu yang digunakan oleh ulama Melayu pada zaman silam.

 

SOALAN A2 (5 markah)

 

 

ARAHAN :     Pilih peribahasa yang sesuai daripada senarai yang diberi bagi melengkapkan jalan cerita petikan berikut. Kemudian, tulis huruf jawapan pilihan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

 

A             hilang adat tegal muafakat

 

B             tukang tidak membuang kayu

 

C             seperti embun di hujung rumput

 

D             ambil pati buangkan hampasnya

 

E             dalam menyelam, cetek bertimba

 

F             besar kapal besarlah gelombang

 

G            seperti orang buta kehilangan tongkat

 

H             bukit sama didaki, lurah sama dituruni

 

I               daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga

 

J              seperti buah padi, makin berisi makin rendah; jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi.

 

    

 

Julia merenung jauh mengenangkan ibunya yang sudah lama menyahut seruan Ilahi. Ibu Julia selalu mengingatkannya supaya sentiasa merendah diri jika meraih kejayaan, bak peribahasa (6)__________. Hal ini kerana segala kesenangan yang diperolehtidak akan kekal selama-lamanya (7)__________. Ibu Julia juga menasihatinya supaya menghargai segala pengorbanan yang dilakukan oleh orang bawahannya kerana (8)__________, setiap orang mempunyai kekuatan mereka sendiri. Dia juga percaya bahawa setiap orang memainkan peranan yang penting bagi memastikan kejayaan dalam syarikatnya. Dia berpegang kepada kata-kata (9)__________ iaitu setiap kakitangan harus bersatu-padu baik dalam keadaan senang mahupun susah.Julia akur akan kebenaran kata-kata ibunya. Dia kini mengamalkan sikap (10)__________. Dia bersyukur dengan rezeki yang diperoleh walau sedikit jumlahnya. Berkat ketekunan dan kegigihannya, Julia berjaya membawa syarikatnya munuju kejayaan yang lebih tinggi.

 

 

SOALAN A3 (9 markah)

 

 

ARAHAN :Bina sepotong ayat yang sesuai dengan menggunakan setiap            perkataan/frasa yang diberi. Ayat kamu harus menunjukkan makna perkataan/frasa tersebut. Kemudian, tulis ayat kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.     

 

 

 

 

11        kestabilan

 

12        tergendala

 

13        mencari akal

 

SOALAN A4  (10 markah)

 

 

ARAHAN :     Isikan tempat-tempat kosong dalam petikan karangan di bawah ini dengan sepatah perkataan yang sesuai dengan jalan ceritanya. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

 

Masalah pelajar yang kurang bermotivasi dan sebab-sebab mereka berkeadaan sedemikian sering dibincangkan oleh pihak-pihak tertentu. Antara faktor yang menyumbang (14) _____________ masalah ini ialah keluarga yang tidak stabil dan pengaruh rakan sebaya. Sebenarnya, pelajar-pelajar sedemikian memerlukan sokongan daripada semua pihak; bukan sahaja daripada pihak sekolah atau keluarga. Pelajar-pelajar ini harus diberi peluang untuk bercerita dan (15) _________________ segala isi hati mereka. Berdasarkan dapatan satu kajian yang (16) ______________, para pelajar lebih suka bercerita mengenai (17) ­­­­­­­­______________ yang mereka hadapi kepada kaunselor dan bukan ibu bapa mereka. Keadaan ini berlaku kerana mereka berasa lebih (18) ­______________  menceritakan isi hati mereka tanpa kerap dicelah oleh ibu bapa mereka.

 

 

Bahagian B ( 10 markah )

 

 

Arahan:         Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

 

 

 

            Pada era globalisasi ini, setiap bidang memerlukan seseorang individu yang memiliki ilmu yang tinggi. Namun, seperti apa yang dilihat di kebanyakan sekolah atau institusi, pelajar-pelajar khususnya remaja lebih cenderung ke arah gejala sosial yang tidak bermanfaat. Hal ini berlaku kerana mereka tidak berminat untuk belajar.

 

 

 

 

 

5

 

 

 

 

           Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan para pelajar tidak berminat untuk belajar. Antaranya ialah guru yang mengajar mereka tidak menggunakan pendekatan yang sesuai semasa proses pengajaran. Sesetengah guru hanya merujuk buku teks tanpa menerangkan dengan lebih jelas setiap fakta yang terkandung di dalamnya. Hal inilah yang membosankan para pelajar kerana kurang interaksi yang berkesan antara guru dan para pelajar.

 

 

 

 

 

10

 

 

 

 

           Pendekatan yang berkesan adalah dengan menyelitkan unsur-unsur jenaka, mengadakan sesi perbincangan dalam kumpulan dan mengadakan pengajaran di luar ruang kelas. Para guru juga digalakkan menggunakan informasi teknologi dalam proses pengajaran mereka. Para pelajar gemar dicabar. Oleh sebab itu, tugas-tugasan yang memerlukan para pelajar melungsur lelaman internet dalam menarik minat mereka untuk belajar.

 

 

 

 

15

 

 

 

 

          Lagi satu faktor yang mempengaruhi tahap minat para pelajar ialah sikap ibu bapa mereka. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Sewajarnya, anak-anak perlu dilatih dari kecil untuk membuat ulang kaji di rumah. Malangnya, kebanyakan ibu bapa kini terlalu sibuk dengan kerja masing-masing dan tidak dapat memantau perkembangan anak-anak mereka. Mereka kurang meluangkan masa yang berkualiti bersama anak-anak mereka sehinggakan ada yang berasa seperti diri mereka itu disingkirkan oleh ibu bapa mereka sendiri.

 

 

 

20

 

 

 

 

 

25

 

 

 

 

          Namun begitu, para pelajar juga bertanggungjawab di atas sikap malas belajar itu. Mereka juga tidak sepatutnya malu untuk bertanya apabila menghadapi kesulitan dalam pelajaran. Jika masalah dalam pelajaran dibiarkan bersarang dalam minda mereka, para pelajar seperti ini pasti akan membenci mata pelajaran tersebut.

 

 

 

 

 

30

 

 

 

(Dipetik dan disesuaikan daripada ‘Majalah Dewan Siswa’ oleh Kerk Len Yun, hlm. 29, Februari 2004, DBP)

 

ARAHAN :   Berdasarkan petikan  di atas,  jawab soalan-soalan berikut  dengan                 memilih jawapan yang paling tepat. Tulis huruf jawapan itu di dalam tanda kurung yang di sediakan di Kertas Jawapan.

 

 

19        Para pelajar mudah cenderung ke arah kegiatan-kegiatan yang merugikan diri sendiri kerana mereka ­­_________.

 

 

A                        tidak berminat untuk belajar

 

B                        inginkan cara pengajaran yang berinteraktif

 

C            kurang memahami cara pengajaran guru-guru di sekolah

 

D            jarang diberikan perhatian yang secukupnya oleh ibu bapa mereka

 

 

 

20   Para pelajar menjadi bosan dan malas untuk belajar jika mereka _________.

 

 

A           tidak dicabar oleh guru mereka

 

B           digalakkan melungsur lelaman internet         

 

C           diajar dengan pendekatan pengajaran yang tidak sesuai

 

D           diberikan terlalu banyak tugasan yang memerlukan kajian

 

 

 

21        Kekurangan masa berkualiti ibu bapa bersama anak-anak mereka menyebabkan anak-anak_________.

 

 

A                        bosan berada di rumah kerana kesunyian

 

B                        berasa seperti diri mereka diketepikan oleh ibu bapa mereka

 

C            menjadi malas untuk mengulang kaji pelajaran mereka di rumah

 

D            menganggap ilmu pengetahuan itu tidak mendatangkan manfaat

 

 

 

22         Para pelajar yang segan bertanya apabila tidak memahami pengajaran gurunya akhirnya akan ­­___________.

 

 

A           memusuhi guru mereka

 

B           membenci mata pelajaran itu

 

C           menjadi pelajar yang tidak bijak

 

D           mendapatkan bantuan rakan-rakan mereka

 

                      

 

 

23      Frasa “memantau perkembangan” dalam petikan karangan ini bermaksud ___________.

 

 

A           meneliti perubahan

 

B           mengawas perbuatan

 

C           menjaga keperibadian

 

D           mengikuti pembangunan                   

 

 

BAHAGIAN C (26 MARKAH)

 

 

ARAHAN:      Baca petikan karangan yang berikut dengan teliti.

 

 

 

“Ayah tidak perlu menasihati saya lagi. Saya sudah dewasa. Saya sudah boleh menjaga diri saya. Ayah yang sepatutnya menjaga diri ayah. Dan ayah harus sedar kalau saya tidak menjaga ayah entah ke mana ayah merempat sekarang ini. Ayah memang tidak sedar diri.”

 

Tersentak seluruh perasaanku. Terasa bumi yang kupijak bagaikan berputar ligat. Kata-kata angkuh anak perempuanku yang cuma itulah satu-satunya anak yang kumiliki di dunia ini sungguh-sungguh menikam jauh lubuk hatiku. Hatiku luka. Luka entah buat yang ke berapa kali; aku sendiri tak kuasa mengiranya.

 

           “Salahkah ayah menasihati kau? Setiap malam engkau keluar dan pulang jauh malam begini. Tidak manis seorang anak gadis berbuat begitu. Ayah tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku ke atas diri kau. Selama ini ayah tidak pernah melarang engkau berkawan. Engkau bebas berkawan dengan siapa sahaja tetapi biarlah berbatas, biarlah berlandaskan kesopanan dan tatasusila sebagai seorang gadis yang beragama.”

 

           “Sudahlah ayah! Idah tidak mahu mendengar ceramah ayah. Idah hendak balik lambat ke, Idah tidak balik langsung ke, ayah jangan ambil tahu. Kalau ayah dan emak sudah bosan bersama Idah, pergilah ke mana ayah dan emak hendak pergi! Idah berlalu menuju ke biliknya. Seketika kemudian dia keluar lagi dan terus meninggalkanku dan isteriku yang terus termangu.

 

          Parah sungguh luka di hatiku. Inikah yang harus kuterima dalam usia setua ini. Inikah hasil yang harus kutuai setelah kuberikan seluruh kehidupan masa mudaku untuk seorang anak yang kuharapkan dapat membelai tubuh tuaku. Sudah tiadakah kasih sayang seorang anak terhadap seorang tua seperti aku yang telah mencurahkan sepenuh kasih sayangnya kepada anaknya. Anak yang ditatang bagai menatang minyak yang penuh, tidak sedikit pun dibiarkan tertitis.

 

         Aku tidak pernah mensia-siakan hidupnya itu. Malah aku telah banyak berkorban untuk kebahagiaannya. Aku tidak mahu melihatnya berasa rendah diri apabila berada di antara kawan-kawannya. Lantaran itu aku korbankan masa rehatku bagi mencari dan menambah rezeki yang sedia ada semata-mata untuk memberikan kemewahan hidup kepadanya.

 

         Tak cukupkah apa yang telah kulakukan? Ilmu dunia dan akhirat cukup aku sediakan. Sehingga dia dapat menjawat jawatan yang baik untuk hidupnya di dunia ini. Tapi mengapakah begini jadinya?

 

          Tiba-tiba aku berasa takut. Takut pada apa yang telah aku lakukan. Seluruh drama hidupku tertayang di kotak ingatanku. Betapa jahat dan buasnya aku sebelum aku beristeri. Aku tidak kenal haram dan halal. Bagiku semuanya sama. Tetapi, aku telah bertaubat. Aku telah dua kali menunaikan haji. Aku yakin Tuhan telah menerima taubatku. Sejak aku mula mendirikan rumahtangga hinggalah ke saat ini. Aku benar-benar telah berubah. Aku sudah diajar halal dan haram. Mengikut fikiranku yang bodoh ini aku sudah tidak lagi berbuat dosa. Aku telah menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang muslim yang dituntut.

 

           “Oh Tuhan, adakah ini balasan-Mu terhadap dosa-dosaku? Atau adakah ini ujian-Mu untukku di dunia ini?” Air mata kesal membasahi wajahku. Hatiku benar-benar hancur.

 

 

(Dipetik dan diubah suai daripada Cerpen “Hikmah” oleh A.Wahab Haji Hamzah, 1993)

 

 

 

 

 

 

5

 

 

 

 

 

10

 

 

 

 

 

15

 

 

 

 

 

20

 

 

 

 

 

25

 

 

 

 

 

30

 

 

 

 

 

35

 

 

 

 

 

40

 

 

 

 

 

ARAHAN:        Berdasarkan petikan karangan tadi, jawab soalan-soalan yang diberikan. Kemudian, tulis jawapan kamu di Kertas Jawapan yang disediakan.

 

 

 

 

24      Bagaimanakah reaksi Idah terhadap nasihat dan teguran “Aku”? Berikan satu alasan untuk menyokong jawapan kamu.                                               (2 markah)

 

                                                                                                 

 

 

25      Nyatakan perbezaan sifat “Aku” sekarang dengan keadaan sebelumnya.

 

                                                                                                                          (4 markah)

 

 

 

26      Pada pendapat kamu, adakah sikap dan tindakan Idah terhadap teguran ayahnya wajar? Berikan dua alasan untuk menyokong jawapan kamu.                                  

 

(4 markah)

 

 

 

27      Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa perasaan kasih “Aku” terhadap anaknya  Idah sungguh mendalam?                                                       (4 markah)

 

 

 

 

28      Pada pendapat kamu bagaimanakah hubungan antara Idah dan “Aku”? Berikan dua sebab dan jelaskan mengapakah kamu berpendapat demikian. 

 

                (6 markah)

 

 

 

Bagi Soalan 29 hingga 31, terangkan maksud perkataan atau frasa yang diberikan berdasarkan petikan dengan menggunakan tidak lebih daripada 10 perkataan.

 

 

29       merempat                                  (baris 3 )                                                 (2 markah)

 

 

30       termangu                                   (baris 18 )                                               (2 markah)

 

 

31       hasil yang harus kutuai              (baris 20 )                                               (2 markah)