Apa khabar semua? Selamat melungsur ke lelaman saya.
 
Saya seorang guru Bahasa Melayu. Saya pernah mengajar di Sekolah Menengah St. Gabriel's selama 5 tahun. Kemudian saya berkhidmat di Kementerian Pendidikan sebagai pegawai kurikulum bermula dari tahun 2003 hingga ke tahun 2008. Pelbagai pengalaman yang diraih ketika bekerja di ibu pejabat Kementerian Pendidikan Singapura. Saya bertugas di cawangan pengembangan dan perancangan kurikulum, unit bahasa Melayu. Di antara tugas-tugas saya di sana ialah membina sukatan bahasa Melayu, buku teks, buku kerja dan panduan guru. Selain itu, saya juga bertugas sebagai pengendali bengkel dan sesi perkongsia yang dijalankan oleh unit bahasa Melayu. Baru-baru ini, saya terlibat sama dalam semakan kurikulum dan pedagogi bahasa Melayu dan jawatankuasa semakan telahpun selesai menyiapkan saranan-saranan mereka. Itulah di antara pengalaman menarik yang saya lakukan di ibu pejabat Kementerian Pendidikan.
 
Pada tahun 2009, setelah 5 tahun bertugas di ibu pejabat, saya kembali mengajar di sekolah CHIJ St Joseph's Convent. Dan kini, saya mula bertugas di Pusat Bahasa Melayu Singapura. Mudah-mudahan saya dapat meneruskan perjuangan untuk melestarikan Bahasa Melayu dan memancing lebih ramai pelajar mencintai Bahasa Melayu.

 

Dalam lelaman ini anda akan mengetahui serba sedikit tentang diri saya dan keluarga saya. Namun tumpuan sebenar kenapa lelaman ini diwujudkan ialah untuk ianya menjadi wadah kepada pencinta Bahasa, khasnya Bahasa Melayu, untuk berkongsi sama dan mewujudkan suasana interaktif dalam pembelajaran di alam maya. Saya juga lebih cenderung untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk belajar dalam suasana maya dan seterusnya bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka. Dengan harapan, mereka juga suatu hari nanti menjadi penjuang bahasa tulen.
 

 

Kegemaran
Membaca buku atau novel yang menarik, melungsur internet dan memerhatikan telatah anak-anak di rumah serta melihat mereka membesar ....Juga memikirkan tentang kehidupan yang sementara, betapa manusia ini terlalu kerdil.

HANYA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM YANG BERKUASA LAGI KEKAL