Apa khabar semua? Selamat melungsur ke lelaman saya.
 
 



Saya seorang guru Bahasa Melayu. Saya pernah mengajar di Sekolah Menengah St. Gabriel's selama 5 tahun. Kemudian saya berkhimat di Kementerian Pendidikan sebagai pegawai kurikulum bermula dari tahun 2003 sehingga kini.
 
Saya bertugas di cawangan pengembangan dan perancangan kurikulum, unit bahasa Melayu. Di antara tugas-tugas saya di sana ialah membina sukatan bahasa Melayu, buku teks, buku kerja dan panduan guru. Selain itu, saya juga bertugas sebagai pengendali bengkel dan sesi perkongsia yang dijalankan oleh unit bahasa Melayu. Baru-baru ini, saya terlibat sama dalam semakan kurikulum dan pedagogi bahasa Melayu dan jawatankuasa semakan telahpun selesai menyiapkan saranan-saranan mereka. Itulah di antara pengalaman menarik yang saya lakukan di ibu pejabat Kementerian Pendidikan.
 
Namun begitu, bila sampai masanya, saya akan kembali semula ke sekolah. Saya agak merindui suasana dan kerenah pelajar. InsyaAllah bila saya kembali ke sekolah nanti, saya akan membawa pengalaman yang lebih luas untuk sama-sama turut menyumbang bersama dengan guru-guru bahasa Melayu yang lain dalam memartabatkan bahasa Melayu dan juga memancing minat pelajar agar mencintai bahasa Melayu sebagai bahasa yang hidup, dan bukan setakan mempelajari bahasa Melayu sebagai satu subjek, dan akan dilupakan selepas mereka meninggalkan sekolah. Saya yakin, lebih ramai pelajar akan berminat untuk mempelajari bahasa Melayu apabila menyedari bahasa subjek bahasa Melayu baik untuk dipelajari.



Dalam lelaman ini anda akan mengetahui serba sedikit tentang diri saya dan keluarga saya. Namun tumpuan sebenar kenapa lelaman ini diwujudkan ialah untuk ianya menjadi wadah kepada pencinta Bahasa, khasnya Bahasa Melayu, untuk berkongsi sama dan mewujudkan suasana interaktif dalam pembelajaran di alam maya. Saya juga lebih cenderung untuk memberikan peluang kepada para pelajar untuk belajar dalam suasana maya dan seterusnya bertanggungjawab dalam pembelajaran mereka. Dengan harapan, mereka juga suatu hari nanti menjadi penjuang bahasa tulen.



Module no longer exists. If you are the webmaster of this site please update your configuration.



Kegemaran



Membaca buku atau novel yang menarik, melungsur internet dan memerhatikan telatah anak-anak di rumah serta melihat mereka membesar ....



Juga memikirkan tentang kehidupan yang sementara, betapa manusia ini terlalu kerdil.

HANYA ALLAH TUHAN SEMESTA ALAM YANG BERKUASA LAGI KEKAL